5 perkara yang anda perlu tinggalkan kepada waris sebelum anda pergi 5 PERKARA YANG ANDA PERLU TINGGALKAN KEPADA WARIS SEBELUM ANDA PERGI

Salah satu punca generasi akan datang hidup dalam kesusahan adalah kerana beban hutang yang ditinggalkan oleh generasi sebelumnya. Ramai yang mempunyai satu pemikiran yang salah iaitu hanya menyediakan kesenangan untuk diri sendiri sahaja tanpa memikirkan generasi mereka pada masa akan datang.
13108921_237807066589447_968156581_n
Terdapat beberapa perkara yang anda perlu sediakan kepada waris sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan.

Rumah

Harga rumah yang semakin mahal menyebabkan generasi pada masa akan datang semakin sukar untuk membeli rumah sendiri. Oleh sebab itu, penyediaan rumah untuk anak sangat penting supaya mereka mempunyai tempat sendiri untuk berteduh.

Selain tempat untuk berteduh, rumah tersebut juga boleh dijadikan sebagai aset yang boleh memberikan pendapatan tambahan melalui sewa rumah tersebut. Walaupun jumlahnya sedikit, tetapi cukup untuk mengurangkan beban terutama dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Wang

Walaupun wang tidak mampu menghilangkan kesedihan selepas kehilangan orang tersayang, tetapi setidaknya boleh membantu mereka meneruskan hidup dengan baik. Buat satu simpanan khas untuk waris anda sama ada simpanan di ASB, unit trust, Tabung Haji atau melalui Hibah takaful.

Baca : Ambil hibah untuk waris anda

Salah satu punca generasi yang baru pada hari ini berpecah belah adalah kerana sifat tamak terhadap duit dan aset. Oleh sebab itu, anda perlu sediakan wang secukupnya untuk waris anda supaya mereka tidak bergaduh disebabkan perebutan wang dan harta.

Selain itu, wang yang ditinggalkan juga boleh digunakan sebagai perbelanjaan pendidikan mereka.

Ilmu

Perkara seterusnya yang penting adalah ilmu. Tinggalkan ilmu yang baik terutama dari segi kewangan dan pelaburan kepada waris anda supaya mereka menjadi lebih cerdik dalam pengurusan kewangan. Ini bagi memastikan mereka tidak tertipu dan terlibat dengan skim cepat kaya.

Anda juga boleh tinggalkan pelbagai jenis buku yang bermanfaat kepada mereka sebagai bahan bacaan mereka. Antara ilmu terbaik yang anda boleh tinggalkan adalah ilmu berkenaan dengan pelaburan. Ilmu tersebut bagi memudahkan waris menguruskan kewangan mereka dengan baik.

Selain itu, anda juga perlu sentiasa ingatkan waris anda berkenaan nasihat kewangan semasa anda masih hidup.

Perniagaan 

Salah satu perkara terbaik yang anda boleh tinggalkan adalah perniagaan anda. Jika anda seorang usahawan atau ahli perniagaan, pastikan perniagaan anda tidak diambil oleh orang lain jika sesuatu terjadi terhadap diri anda.

Baca : Kos sebenar untuk membesarkan seorang anak di Malaysia

Walaupun tidak mempunyai minat dalam menguruskan perniagaan, peninggalan ini mungkin akan mengubah persepsi mereka terhadap perniagaan. Selain itu, jika anda adalah pemegang saham kepada sesebua syarikat, waris anda mungkin akan mewarisi saham tersebut atau mendapat pampasa dari penjualan saham tersebut.

Wasiat

Jika anda mempunyai banyak harta, perkara penting yang anda perlu buat adalah menyediakan wasiat supaya tidak berlaku pergaduhan antara ahli keluarga. Terdapat beberapa kes dimana ahli keluarga berpecah kerana berebut harta peninggalan.

Lebih teruk lagi apabila kes perebutan harta tersebut dibawa hingga masuk ke mahkamah untuk mendapatkan hak terhadap harta.