BERAPAKAH JUMLAH SEBENAR PAMPASAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH SEORANG SUAMI?
Sebelum membuat keputusan untuk memilih jumlah pampasan yang perlu diambil dengan syarikat takaful, terdapat beberapa perkara yang perlu anda fikirkan supaya jumlah tersebut cukup untuk diberi kepada waris anda.
Insan penting yang perlu ambil perhatian terhadap jumlah pampasan tersebut adalah dari pihak seorang suami. Apabila berlaku kematian, seorang suami akan meninggalkan isteri dan anak-anak mereka dengan pampasan untuk mereka meneruskan hidup di dunia ini.
Adakah RM50,000 cukup untuk menampung perbelanjaan isteri dan anak-anak pada masa akan datang?
Adakah RM100,000 cukup untuk tahan dalam tempoh 10 tahun?
HUTANG
Jika anda masih berkira-kira jumlah pampasan yang perlu anda ambil, anda boleh cuba formula mudah ini iaitu dengan mengambil jumlah hutang sedia ada anda. Hutang yang dimaksudkan disini adalah hutang yang tidak diinsurankan.
Mungkin ada sesetengah hutang anda yang tidak datang bersama perlindungan takaful. Tujuan langkah ini adalah supaya suami tidak mati meninggalkan hutang yang banyak dan membebankan waris.
Namun, cara ini mungkin tidak terlalu efektif kerana jumlah pampasan tersebut hanya cukup untuk bayar hutang.
Setiap amalan kita akan tergantung selagi hutang tidak dilangsaikan.
10 TAHUN GAJI
Cara paling terbaik adalah dengan menetapkan satu jumlah yang bersamaan 10 tahun gaji semasa kita. Jika contoh gaji kita setahun adalah RM40,000, ini bermakna anda memerlukan pampasan sebanyak RM400,000 untuk ditinggalkan kepada isteri dan anak-anak anda.
Kaedah ini bertujuan supaya waris anda dapat mulakan hidup baru tanpa anda dan merancang kewangan mereka untuk tempoh 10 tahun. Isteri dan anak-anak anda memerlukan masa yang cukup untuk merancang hidup baru mereka tanpa keluarga mereka.
Walaubagaimanapun, kemampuan tetap menjadi faktor utama dalam memilih jumlah pampasan yang anda mahu ambil. Pastikan anda tidak mengambil takaful dengan caruman yang terlalu tinggi hingga membebankan diri anda.
- Bayar takaful setiap bulan tapi tak sakit. Rugi?
Artikel ini ditulis oleh :Muhamad Yahya