Rawatan bergantung keadaan pesakit

image

Menurut fakta kesihatan Malaysia 2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit jantung antara penyakit yang tersenarai dalam 10 sebab utama bagi kemasukan pesakit di hospital kerajaan dan swasta.

Kajian yang sama menunjukkan penyakit jantung turut menjadi punca utama yang mengakibatkan kematian bagi hospital kerajaan dan swasta.

Penyakit arteri koronari atau penyakit jantung koronari adalah keadaan terdapat pembentukan plak di dalam arteri koronari. Fungsi utama arteri adalah untuk membekalkan oksigen kepada otot jantung.

Apabila arteri dipenuhi plak, keadaan ini dikenali sebagai aterosklerosis. Ia antara penyakit jantung umum di Amerika Syarikat dan Eropah malah ia juga penyakit yang menjadi kebimbangan di seluruh dunia.
Menurut fakta kesihatan Malaysia 2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit jantung antara penyakit yang tersenarai dalam 10 sebab utama bagi kemasukan pesakit di hospital kerajaan dan swasta.

Kajian yang sama menunjukkan penyakit jantung turut menjadi punca utama yang mengakibatkan kematian bagi hospital kerajaan dan swasta.

Penyakit arteri koronari atau penyakit jantung koronari adalah keadaan terdapat pembentukan plak di dalam arteri koronari. Fungsi utama arteri adalah untuk membekalkan oksigen kepada otot jantung.

Apabila arteri dipenuhi plak, keadaan ini dikenali sebagai aterosklerosis. Ia antara penyakit jantung umum di Amerika Syarikat dan Eropah malah ia juga penyakit yang menjadi kebimbangan di seluruh dunia.
Bagaimanapun, statistik bagi penyakit ini berada di tahap rendah di negara Asia seperti Jepun berikutan diet pemakanan di negara itu rendah dengan kandungan lemak dan kolesterol.

Di Malaysia, penyakit arteri koronari disenaraikan sebagai penyakit pembunuh nombor satu. Pada 2010, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak 22,701 jumlah kematian dicatatkan membabitkan penyakit jantung koronari.

Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin berkata, antara faktor yang boleh menyebabkan penyakit arteri koronari termasuk kadar kolesterol dalam darah yang tinggi, obesiti, darah tinggi, sindrom metabolik, merokok, kurang bersenam, kerintangan insulin, pemakanan tidak sihat, kencing manis dan usia lanjut.

Walaupun sesetengah individu mungkin mengalami gejala bagi penyakit arteri koronari, ada juga individu kurang bernasib baik yang tidak mengalami sebarang gejala dan mengakibatkan mereka mengalami serangan jantung secara mengejut.

“Hari ini, jumlah pesakit yang mengalami penyakit jantung di Malaysia menunjukkan statistik yang kian membimbangkan. Bagaimanapun, rakyat Malaysia kini boleh menarik nafas lega dengan adanya pelbagai pilihan bagi rawatan jantung di hospital.

“Salah satu rawatan yang kian mendapat tempat dalam kalangan pesakit ialah angioplasti,” katanya.

Kaedah rawatan bagi penyakit ini termasuk ubat-ubatan, pembedahan pintasan arteri koronari, angioplasti koronari Perkutaneus (PTCA), PTCA dengan penempatan gegelung besi (stent), PTCA menggunakan stent disaluti ubat serta PTCA dengan penempatan belon.

Dr Amin berkata, tanggapan hanya pembedahan pintasan arteri koronari yang wajib dilaksanakan oleh pesakit jantung koronari adalah tidak tepat kerana dengan kemunculan teknologi terkini, tidak semua pesakit ini perlu menjalani pembedahan pintasan.

“Sebaliknya, kaedah rawatan disesuaikan dengan keadaan dan keperluan pesakit dan sejauh mana keadaan penyakit yang dialami. Justeru, pentingnya mereka mendapat nasihat dan perundingan pakar perubatan.

“Mungkin ada pesakit yang perlu menjalani pembedahan pintasan jantung, ada juga yang tidak perlu. Jadi, mungkin sesetengah pesakit sangka jika saudara atau rakan mereka pernah menjalani pembedahan pintasan jantung, mereka juga perlu melalui prosedur yang sama.

“Ini tidak tepat kerana keadaan setiap pesakit adalah berbeza dan semestinya kaedah rawatan juga tidak sama antara satu sama lain,” katanya.

Menyingkap sejarah PTCA atau juga dikenali sebagai angioplasti, rawatan ini diperkenalkan oleh Dr Andreas Gruentzig yang berasal dari Switzerland.

Kaedah rawatan itu diperkenalkannya pada 1977 menggunakan belon di pembuluh darah kaki yang berjaya membantu melancarkan darah.

Gembira dengan hasil kaedah rawatan terbabit, beliau mengambil keputusan untuk melakukannya di jantung seorang pesakit yang mengalami masalah pembuluh darah tersumbat.

Melalui kaedah rawatan yang dilakukan, ia berjaya membuka pembuluh darah terbabit dan menjadi titik tolak kepada permulaan kaedah rawatan angioplasti di dunia.

Namun begitu, enam bulan selepas menerima rawatan berkenaan, Dr Gruentzig mendapati terdapat kemungkinan keadaan terbabit kembali seperti asal. Menyedari terdapat keperluan untuk pesakit memilih kaedah rawatan yang sesuai bagi mengubati keadaan mereka, stent besi digunakan bagi membuka laluan pembuluh darah.

Bagaimanapun, stent besi yang digunakan itu tidak lentur. Tambahan pula, stent besi boleh mengakibatkan kerengsaan di dalam pembuluh darah.

Sejajar dengan peredaran masa, kaedah rawatan juga kini sudah mengalami perubahan yang ditambah baik termasuk angioplasti.

Bermula dengan penggunaan belon biasa kepada scaffold, seterusnya stent besi, serta kateter belon dan stent, pesakit hari ini boleh meminta nasihat doktor bagi memilih kaedah rawatan yang paling sesuai dengan keadaan mereka.

Revolusi angioplasti

Menggunakan kaedah rawatan Dr Gruentzig sebagai contoh, penggunaan belon membuka pembuluh darah diperkenalkan namun untuk mengelakkan keadaan itu berulang, kaedah rawatan menggunakan kaedah belon kini ditambah baik dengan liputan ubat.

Dilancarkan pada 2008, belon gabungan matriks yang membawa ubat oleh B. Braun adalah yang pertama diperkenalkan di Malaysia.

Digunakan bagi merawat pembuluh darah tersumbat, belon itu menggabungkan konsep penyampaian ubat dengan belon tanpa kehadiran stent.

Apabila belon dimasukkan di pembuluh darah yang dikenal pasti, belon terbabit akan dikembangkan secara berkala dan ubat akan dilepaskan. Proses ini akan diulangi sehingga peredaran darah kembali berjalan lancar.

Ubat yang meliputi belon ini mempunyai pembawa ubat bukan polimer yang boleh diresap oleh pembuluh darah. Oleh itu, proses ini tidak akan meninggalkan sebarang kesan.

Malah, kaedah rawatan ini juga boleh merawat lebih daripada satu pembuluh darah. Ini boleh dilakukan melalui penggunaan belon yang lebih panjang. Kaedah rawatan ini juga terbukti lebih murah kerana pemgambilan ubat antiplatlet akan dapat dikurangkan.

Stent ternipis di dunia

Selain itu, pesakit juga boleh memilih stent dengan ubatan. Menggunakan kaedah yang digunakan dahulu, stent ini bukan saja berfungsi membuka saluran darah, ia juga membantu dalam melancarkan peredaran darah.

Mendapat jolokan sebagai stent ternipis di dunia, stent ini dicipta berdasarkan stent terdahulu dalam rangkaian stent oleh B. Braun.

Selain itu, Malaysia juga adalah negara pertama yang dipilih untuk menerima rawatan ini. Stent ini menggabungkan komponen stent yang berkualiti tinggi dengan liputan tanpa polimer bagi memastikan penghantaran ubat berterusan.

Selain itu, tanpa kehadiran polimer ia dijangka dapat mempercepatkan proses pemulihan endothelial. Ini penting untuk memastikan peredaran darah yang lebih lancar.

Kaedah rawatan dijalankan apabila stent dipasang di arteri tersumbat yang dikenal pasti. Seterusnya ubat akan dilepaskan serta diresap ke dalam arteri dengan terkawal. Proses kawalan ini dapat dilakukan dengan kehadiran Probucol. Selain itu, pengawalan dalam pelepasan ubatan juga membantu mengelakkan arteri untuk kembali tersumbat.

Sebagai stent yang ternipis di dunia, stent ini juga bagus untuk pesakit diabetes kerana pesakit diabetes mempunyai salur darah yang lebih kecil berbanding pesakit tanpa diabetes.

Oleh itu, digabungkan dengan sifat mudah lentur yang ada, kaedah rawatan ini terbukti sesuai bagi pembuluh darah yang runcing.

Perbezaan pendapat boleh membawa kepada diagnosis penyakit yang berbeza, hal ini juga boleh diaplikasikan kepada pilihan kaedah rawatan.

Bagaimanapun, dengan lambakan kaedah rawatan yang baru di pasaran pada hari ini pesakit mungkin tidak mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memilih proses rawatan yang paling sesuai untuk mereka.

Walaupun dengan penggunaan teknologi yang semakin canggih, Dr Amin menegaskan langkah awal pencegahan penyakit jantung koronari adalah paling utama melalui amalan gaya hidup sihat dan diet seimbang.

Selain itu katanya, pengesanan awal penyakit jantung juga penting bagi mengelakkan serangan jantung yang mengundang maut malah mereka yang berisiko juga disarankan mendapatkan nasihat pakar perubatan dengan segera bagi mengelakkan pelbagai kemungkinan dan kemudaratan.