Kaizen Group Malaysia

KAMI BERIKAN GANJARAN DAN LEBIH MANFAAT UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN ANDA

Takaful Health2 adalah semua yang anda perlukan.

Apakah Takaful Health2 ?

Takaful Health2 adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, melakukan pembedahan atau menerima rawatan pesakit luar. Pelan ini juga menberi ganjaranBonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) jika tiada sebarang tuntutan dibuat bagi tahun tersebut. Anda boleh pilih sama ada Ko-Takaful atau deduktibel RM3000 atau RM10,000 atau 0 deduktibel.

Siapakah yang layak menyertai pelan Takaful Health2?

Pelan ini dibuka kepada individu yang berumur 1 ke 70 tahun yang menyertai mana-mana pelan PruBSN Link Series.

Pelan perubatan untuk anda – Nilai lebih TINGGI dan lebih BAIK.

Terus nikmati BONUS bagi TIADA TUNTUTAN.

Kami memberi anda BONUS TAHUNAN sehingga RM500 sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan bagi tahun tersebut. Kekalkan kesihatan dan anda akan mendapat ganjarannya.

Perlindungan KOMPREHENSIF untuk bil hospital dan pembedahan.

Takaful Health2 memberikan anda ketenangan minda sepenuhnya. Ianya menyediakan perlindungan perubatan komprehensifsekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapat rawatan pesakit luar.

Manfaat Bilik dan Penginapan yang bernilai lebih TINGGI.

Nikmati manfaat bilik dan penginapan yang bernilai lebih tinggi dengan Takaful Health2. Kini, manfaat kami bermula dari RM150 harian untuk Had Tahunan Keseluruhan bernilai RM50,000.

Pilihan KO-TAKAFUL atau DEDUKTIBEL

Selain ko-takaful, Takaful Health2 kini ada tiga pilihan tambahan deduktibel. Pilih antara deduktibel bernilai RM3,000 atau RM10,000 atau RM0 deduktibel yang mana memenuhi keperluan pelan perubatan anda. Sertakan bersama TH Retirement dan secara automatik ianya akan menukarkan amaun deduktibel kepada ko-takaful apabila anda mencapai usia 55 tahun. Bukan sahaja pilihan ini menjadikan pelan anda jadi lebih berpatutan, ianya juga memberi anda perlindungan tambahan di waktu anda paling memerlukannya – semasa zaman persaraan anda.

Perlindungan TAMBAHAN sehingga UMUR 100

Pelan perubatan Takaful yang komprehensif ini memberi perlindungan sehingga anda mencapai usia 25, 70, 80 atau 100.

Kami beri LEBIH lagi

Rawatan LUAR NEGARA

Dengan TH Overseas, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi lima jenis kondisi yang dilindungi diSingapura, Hong Kong, China dan India.

Pilihan untuk MENGETEPIKAN had tahunan UNTUK KESEMUA PELAN

TH Annual Limit Waiver kini dibuka kepada semua pelan Takaful Health2. Dengan mengambil pilihan ini, anda tidak perlu bimbang jika bil perubatan tahunan anda melebihi had tuntutan tahunan anda.

NAIK TARAF AUTOMATIK ke pelan bernilai lebih tinggi

Kami akan menaik taraf secara automatik pelan Takaful Health2 anda dua kali ganda tidak mengambil kira keadaan kesihatan andadan sebarang tuntutan perubatan sebelumnya yang telah dibuat jika sertakan TH Auto Upgrade. Naik taraf ini akan mengikut terma dan syarat pada permulaan atau apabila ianya disertakan bersama pelan Takaful Health2 anda.

LEBIH pilihan dan lebih BERPATUTAN.

Pilih dari lima pelan Takaful Health2 mengikut keperluan dan bajet anda. Dari serendah Rm100 sebulan, anda pasti dilindungi secukupnya.

 

Nota:

  • Ko-takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana pemegang sijil akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat. Jika ko-takaful dipilih, pemegang sijil perlu membayar 10% daripada kos kelayakan manfaat, tertakluk kepada ko-takaful minimum sebanyak RM300 dan ko-takaful maksimum sebanyak RM1,000 untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan, dan ko-takaful maksimum sebanyak RM2,000 untuk Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Baki kos akan dibayar oleh PruBSn sehinggan Had Tahunan Keseluruhan.
  • Jika deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000 dipilih, anda perlu membayar RM3,000 atau RM10,000 pertama daripada jumlah kos manfaat yang layak (kecuali kos bilik & penginapan harian). Baki kos akan dibayar oleh PruBSN sehingga Had Tahunan Keseluruhan. Jika deduktibel Zero dipilih, anda tidak perlu membayar sebarang caj perubatan yang dilindungi.

Jumlah manfaat yang dibayar untuk setahun adalah tertakluk kepada Had Tahunan Keseluruhan. Jumlah manfaat yang dibayar sepanjang hayat adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup. Untuk kemasukan ke hospital akibat kemalangan, perlindungan bermula serta merta sebaik sahaja pelan anda diterima, manakala tempoh menunggu adalah selama 30 hari bagi akibat-akibat lain. Bagaimanapun, untuk penyakit-penyakit tertentu, tempoh menunggu selama 120 hari dikenakan.

Dengan penyertaan Takaful Health2, anda akan menerima kad perubatan Takaful Health2. Ianya memberikan akses kepada Bantuan Perubatan Kecemasan iaitu talian hotline 24-jam (dikendalikan oleh International SOS) yang boleh dipanggil dari mana-mana tempat di seluruh dunia pada bila-bila masa pada panggilan caj balik.

Kad Takaful Health2 boleh digunakan 90 hari selepas pelan anda diterima oleh PruBSN. Anda hanya perlu mengemukakan kad tersebut semasa dimasukkan ke mana-mana hospital dalam rangkaian hospital kami.

Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar?

Sumbangan yang anda perlu bayar untuk pelan Takaful Health2 ditetapkan berdasarkan umur, kelas pekerjaan dan jenis pelan tertakluk kepada pengunderaitan. Sumbangan perlu dibayar sepanjang tempoh pelan.