Julia Perez jual rumah & kereta untuk biaya kos rawatan
Aktres seksi dan sensasi Indonesia Julia Perez telah disahkan mengidap barah pangkal rahim baru-baru, dan sebagai langkah persediaan dia telah menjual kediamannya dan kereta sebagai persedian untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk mengubati barahnya itu.
Menurut laporan media Indonesia, selain menjual kediaman dan kereta aktres tersebut juga dikhabarkan akan bercuti selama tiga bulan bagi menjalani rawatan.
Dalam pada itu, walaupun menyedari dirinya menghidap penyakit yang boleh membawa maut ini, Julia atau lebih mesra dengan panggilan Jupe ini tidak patah semangat.
“Saya seorang pejuang. Saya tidak mungkin patah semangat. Bagi menampung kos rawatan yang mungkin saya lakukan di Malaysia dan Jerman, saya akan menjual rumah dan kereta.
“Walaupun kekasih saya mahu membiayai rawatan, bagi saya biarlah saya yang tanggung sendiri. Saya masih punya tabungan.”