Kaizen Group Malaysia

IJN mendedahkan bahawa semakin ramai golongan muda seawal umur 20­an dikesan menghidap penyakit jantung ekoran gaya hidup yang tidak sihat.

[wdsm_ad id=”2288″ class=” ” ]
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari (gambar) berkata, faktor risiko dan penyebab penyakit adalah berpunca daripada amalan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam, pemakanan, merokok dan mengalami lebihan berat badan.
Beliau berkata, sudah tiba masanya rakyat negara ini terutamanya golongan muda memandang serius terhadap penyakit jantung yang merupakan pembunuh senyap nombor satu negara. “Rakyat Malaysia perlu mengubah gaya hidup seperti mengawal berat badan, menjaga makanan dan melakukan senaman untuk menghindari daripada diserang penyakit jantung. “Selain itu, mereka juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital secara konsisten bagi mengelakkan pelbagai penyakit,”katanya ketika ditemui pemberita selepas program Larian Run For Your Heart 2014 di Padang Semarak, Wetland di sini semalam.

[wdsm_ad id=”2298″ class=” ” ]
Perasmian larian bertemakan Gaya Hidup Sihat itu disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam. Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Seramai lebih 3,400 peserta mengambil bahagian dalam acara larian sejauh lapan kilometer itu.