Kaizen Group Malaysia

image (1)

PETALING JAYA – Adun Taman Medan, Haniza Talha menggesa Kementerian Kesihatan supaya menaik taraf bangunan klinik kesihatan di Taman Medan yang berada dalam keadaan tidak selesa dan sempit.

Menurutnya, langkah berkenaan adalah bagi membolehkan perkhidmatan yang disampaikan kepada masyarakat lebih berkualiti dan berkesan.
[wdsm_ad id=”2288″ class=” ” ]
“Keadaan klinik kesihatan ini amat tidak selesa, malah ia juga sempit serta mengundang masalah buat pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.

“Lebih membebankan, ibu yang mengandung juga perlu berdiri selama beberapa jam ketika menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada Sinar Harian.
Haniza berkata, ada masanya hampir 800 pesakit datang mendapatkan rawatan di klinik berkenaan pada setiap hari.

Disebabkan itu, katanya lagi, perkhidmatan ini tidak dapat disampaikan dengan sempurna dan menyebabkan sebilangan pihak menjadi tidak selesa.
[wdsm_ad id=”2292″ class=” ” ]
Dalam pada itu, Haniza memaklumkan yang klinik kesihatan berkenaan turut dikunjungi penduduk yang menetap di sekitar Puchong, Kelana Jaya, Petaling Jaya serta Kuala Lumpur.

“Pertambahan pesakit sangat ketara dan keadaan di klinik kesihatan ini perlu dinaik taraf atau menjalani pembinaan baru memandangkan ia tidak lagi relevan untuk digunakan,” katanya.

Selain itu, Haniza berkata, pihaknya sebelum ini pernah dimaklumkan mengenai kewujudan sebidang tanah yang dilihat berpotensi untuk dibangunkan sebuah klinik kesihatan sekitar USJ.

Menurut Haniza, namun begitu, disebabkan oleh kerenah birokrasi, ia membuatkan tanah berkenaan tidak dapat lagi dibangunkan buat masa ini.

“Saya difahamkan peruntukan juga telah diluluskan tapi disebabkan oleh birokrasi, ia membuatkan perancangan di tanah itu terhenti.

“Pihak bertanggungjawab perlu meluluskan projek di tanah itu bagi membolehkan klinik kesihatan baru dibina,” katanya.

Untuk jangka masa pendek, Haniza berharap agar pihak bertanggungjawab dapat memberi perhatian terhadap kekurangan kemudahan yang terdapat di klinik kesihatan berkenaan yang dikelaskan berada dalam tahap tiga.

Menurutnya lagi, klinik kesihatan yang berada pada tahap tiga sewajarnya menerima jumlah pesakit seramai 300 orang dalam masa sehari dan bukannya seperti sekarang.

“Jumlah pesakit pada masa kini lebih sekali ganda dan oleh sebab itu, kemudahan perlu berada dalam keadaan yang selesa,” katanya.

[wdsm_ad id=”2298″ class=” ” ]