Kaizen Group Malaysia

13913896_10202244306827153_6465428930411317198_o

Anda berada di sisi sebelum saya dilahirkan lagi…
Anda bersama sepanjang saya membesar…
Anda sentiasa berada di setiap perjalanan…

Perkara paling indah dalam kehidupan datang dalam bentuk yang tak dijangka – serupa dengan kelahiran seorang bayi. Jadi, kenapa tunggu sehingga bayi anda telah lahir untuk memberikannya yang terbaik. Kini PruBSN SmartLink meluaskan perlindungan supaya anda boleh mula melindungi si manja dari dalam rahim lagi.

Pelan bijak ini memberikan anda ketenangan jiwa dengan memastikan anda dan bayi anda sentiasa
dilindungi – dari mula lagi.

Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya untuk membantu anda memahami produk kami dengan lebih baik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada brosur PruBSN Link Series dan risalah PruBSN SmartLink.

Apakah PruBSN SmartLink?

PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitian-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart. Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak di dalam kandungan jika anda hamil lebih dari 20 minggu.PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.

Apakah perlindungan tambahan yang diberikan dalam PruBSN SmartLink?

PruBSN SmartLink melindungi anak anda seawal 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh ini kami memberikan anak anda perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Dapatkan Extra Basic dan kami akan memberi perlindungan semasa anda hamil serta manfaat-manfaat selepas lahir untuk bayi anda.

Apakah pelan yang serupa yang boleh saya ambil jika saya bersedia untuk berkeluarga?

Apabila anda sudah bersedia untuk berkeluarga, anda boleh mengambil rider Baby Care. Rider ini melindungi bayi anda dan anda semasa hamil dan selepas lahir – dan kami berikan perlindungan yang sama untuk setiap kelahiran.Kami juga menyediakan Bonus Imunisasi sebanyak RM200; selepas 2 tahun anak anda dilahirkan.

Siapakah yang layak untuk mengambil rider Baby Care?

Jika anda berumur di antara 19 dan 40 tahun, anda boleh mengambil rider ini bersama pelan PruBSN FirstLink atau PruBSN TakafulLink anda. Pelan ini melindungi anda sekiranya anda hamil sebelum anda berumur 46 tahun.

Apakah manfaat-manfaat yang diberikan pelan-pelan ini?
Bagaimanakah PruBSN SmartLink menyumbang ke arah pendidikan anak saya?
Anugerah kecemerlangan akademik Cemerlang dalam pembelajaran dan kami akan MENGANUGERAHKAN anak anda dengan Bonus EduSmart1. Lebih tinggi sumbangan anda dalam pelan ini, lebih tinggi anugerahnya.

Peperiksaan Anugerah peratusan daripada sumbangan perlindungan tahunan Pembayaran* Pencapaian minimum
UPSR 50% RM600 5A
PMR 100% RM1,200 7A
SPM 150% RM1,800 8A
STPM atau STAM 150% RM1,800 4A
GSCE 150% RM1,800 5A
A-Level 150% RM1,800 3A
IB 150% RM1,800 42 mata
Diploma atau Ijazah 200% RM2,400 CGPA 3.5 atau Kelas Pertama

* Contoh pembayaran untuk sumbangan perlindungan tahunan berjumlah RM1,200.

Peroleh Bonus Loyalti1 Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan member anda 5% daripada sumbangan perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu.
Pilihan pengeluaran dana Anda boleh membuat pengeluaran daripada dana pendidikan untuk menampung perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Ini termasuk Bonus Loyalti1 dan Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB)1 yang telah dikumpulkan.

1 Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Bagaimanakah saya boleh membuat tuntutan untuk EduSmart Bonus?

Ia adalah mudah!
1. Pastikan bayaran sumbangan anda adalah terkini.
2. Buat satu salinan yang disahkan benar bagi sijil peperiksaan asal anak anda.
3. Serahkan salinan di mana-mana cawangan kami di seluruh negara.
4. Selepas ia disahkan, kami akan memberikan anda cek untuk pencapaian anak anda.

Apakah perlindungan asas PruBSN SmartLink?

Kematian Anda berhak mendapat:
a) jumlah perlindungan asas, dan
b) nilai unit dalam akaunUntuk pelan PruBSN SmartLink, jika berlaku penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa sebelum umur 5 tahun, jumlah perlindungan asas yang dikurangkan akan dibayar seperti berikut. Ini dinamakan lien juvenil.

Umur 1 2 3 4 5 dan ke atas
% Jumlah Perlindungan Asas 20% 40% 60% 80% 100%
Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) Jumlah perlindungan akan dibayar apabila anak anda hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum berumur 70 tahun atau tamat tempoh sijil, yang mana terdahulu.
Kematangan Nilai unit dalam akaun akan dibayar apabila pelan matang.
Penyerahan Nilai unit dalam akaun akan dibayar kepada anda apabila anda menyerahkan sijil anda.

Bagaimanakah untuk meningkatkan lagi PruBSN SmartLink?

Untuk mengukuhkan lagi pelan, manfaat tambahan2 berikut boleh disertakan untuk mendapat perlindungan tambahan.

Perlindungan Perubatan dan Kesihatan
  • Lindungi anak anda daripada 9 penyakit khusus sewaktu mereka masih kecil melalui rider terbaru kami, Vital Care.
  • Kukuhkan lagi dengan Crisis Shield untuk perlindungan jangka panjang terhadap 36 penyakit kritikal.
  • Sertai Takaful Health2 kami yang inovatif untuk perlindungan kemasukan ke hospital yang menyeluruh dan pembedahan yang memberi ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan3 (NCB) jika anda tidak membuat tuntutan untuk tahun tersebut.
  • Tingkatkannya lagi dengan Hospital Benefit atau Medical Cover untuk perlindungan tambahan bagi kemasukan ke hospital.
Perlindungan Kewangan dan Nyawa Untuk Ibu Bapa
  • Pilih daripada pelbagai rider penyumbang yang akan membayar sumbangan masa hadapan anda jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa.
  • Anda boleh memilih Parent Contributor untuk melindungi anda atau Joint Contributor yang melindungi anda dan pasangan anda bagi memastikan bahawa anak anda terus mendapat perlindungan.
  • Dengan Parent Income Benefit, anda boleh memberikan anak anda elaun bulanan jika anda menghidapi penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa.
  • Gandakan elaun anak anda dengan Parent Double Income Benefit jika anda dan pasangan anda menghidapi penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa.
Dana pendidikan
  • Bina dana pendidikan anak anda dengan menyertakan Takaful Saver dan laburkannya dalam dana terurus kami, Takafulink Dana Urus.
  • Untuk mengukuhkannya lagi, sertakan mana-mana rider Takaful Saver Contributor kami bagi memastikan dana pendidikan anak anda terus meningkat walaupun anda disahkan menghidap penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa.
  • Sertakan Parent Term dan kami akan memberikan jumlah penambahan sekaligus untuk dana pendidikan anak anda jika anda hilang upaya atau meninggal dunia. Gandakan manfaat ini dengan mengambil Parent Double Term jika anda dan pasangan anda hilang upaya atau meninggal dunia.

2 Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan. Perlindungan bagi Manfaat Tambahan akan bermula seawal 14 hari selepas dilahirkan.
3 Tertakluk kepada terma dan syarat.

Berapakah bayaran sumbangan saya untuk pelan ini?

Sumbangan perlindungan bulanan minimum untuk PruBSN SmartLink ialah RM50.
Contoh Jadual Sumbangan

Butiran Adam
Umur 5
Pelan PruBSN SmartLink
Umur Tamat Tempoh 25
Status kesihatan Bukan perokok
Pekerjaan Kanak-kanak
Jumlah Pelindungan4 RM36,000
Kekerapan pembayaran Bulanan
Amaun sumbangan RM50

4 Ini adalah perlindungan minimum berdasarkan Sumbangan Perlindungan anda.

Bagaimanakah PruBSN SmartLink berfungsi?

PruBSN SmartLink adalah berdasarkan model Wakalah Bil Ajr di mana kami menempatkan sumbangan anda ke dalam akaun anda selepas kami mengambil caj wakalah. Ini adalah yuran untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.

Apakah caj-caj yang terlibat dalam PruBSN SmartLink?

Butiran caj wakalah dan caj-caj lain disenaraikan dalam jadual di bawah.

Jenis caj Butiran caj
Caj wakalah pendahuluan Caj ini digunakan untuk membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Caj sebagai peratusan5 daripada sumbangan perlindungan anda seperti yang ditunjukkan di bawah.

Tahun sijil 1 2 3 4 5 dan 6 7 dan keatas
Caj wakalah pendahuluan 60% 60% 50% 30% 20% 0%

Untuk Takaful Saver, caj wakalah pendahuluan ialah 5% sepanjang tahun sijil.

Caj perkhidmatan Caj perkhidmatan adalah RM6 sebulan untuk bayaran melalui tunai atau cek sementara caj untuk cara bayaran lain adalah RM5. Ini adalah untuk perbelanjaan perkhidmatan sijil.
Caj pengurusan aset Kami mengenakan caj ini secara tahunan pada dasar harian daripada nilai akaun pelaburan anda untuk perbelanjaan pengurusan pelaburan anda.

Takafulink Dana Bon 0.5% setahun
Takafulink Dana Urus 1.3% setahun
Takafulink Dana Ekuiti 1.5% setahun
Takafulink Dana Ekuiti Dinasti 1.5% setahun
Caj penambahan Kami mengenakan caj 5% untuk setiap penambahan sumbangan tunggal. Di samping itu, untuk setiap penambahan yang kurang daripada RM5,000, caj tambahan sebanyak RM25 akan dikenakan.
Caj menukar ganti dana Kami menyediakan empat tukar ganti percuma setiap tahun. Untuk sebarang tukar ganti lanjutan dalam tempoh tahun tersebut, caj tukar ganti ditetapkan pada 1% daripada amaun yang ditukar ganti (tertakluk kepada maksimum RM50).
Tabarru’ Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), amaun perlindungan dan tempoh perlindungan. Perlindungan takaful adalah daripada Dana Tabarru’.

5 Ini adalah caj untuk sijil yang bertempoh 20 tahun atau lebih. Untuk sijil yang mempunyai tempoh kurang daripada 20 tahun, ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk maklumat yang lebih terperinci.

Adakah saya akan menerima sebarang Lebihan daripada pelan ini?

Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50% dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru’. Lebihan yang boleh diberikan kepada anda akan dimasukkan semula ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda.

Nota: Ini adalah penerangan ringkas mengenai produk. Untuk butiran lengkap seperti terma-terma dan syarat-syarat yang terperinci, sila rujuk kepada dokumen sijil anda.
Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.