Kaizen Group Malaysia

Klang: “Bilik rawatan hemodialisis ini ibarat rumah kedua dan saya mengenali semua staf hospital serta pesakit lain yang turut menjalani rawatan di sini.

“Walaupun menghidap penyakit buah pinggang, saya cergas melakukan aktiviti harian,” kata Sufatan Khairani, 53, seorang penghidap penyakit buah pinggang sejak 11 tahun lalu.

Sufatan yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah di Kuala Selangor berkata, beliau tidak menghidapi penyakit lain dan hanya disahkan mengalami masalah buah pinggang selepas menjalani rawatan imbasan menyeluruh (CT Scan) pada tahun 2004.

“Alhamdulilah, sokongan ahli keluarga setakat ini banyak membantu saya bertahan.

FotoSUFATAN mendapatkan rawatan hemodialisis di HTAR, semalam.

Badan juga sudah terbiasa dengan kesakitan apabila menjalani rawatan hemodialisis.
“Nama saya juga sudah disenaraikan dalam senarai menunggu untuk pemindahan organ namun tiada perkembangan positif.

Sehubungan itu, saya memutuskan untuk menjalani rawatan hemodialisis sehinggalah menerima organ daripada penderma,” katanya ketika ditemui di Unit Hemodialisis Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia, semalam.

Beliau yang menetap di Shah Alam berkata, walaupun menghidap penyakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap tiga hari, ia tidak menghalangnya terus aktif melakukan rutin harian.

“Sokongan daripada isteri dan anak banyak menaikkan semangat saya untuk tabah menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Acara yang dihadiri 200 orang awam itu turut membabitkan pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, indeks berat jisim (BMI), kandungan gula dan kaunseling pemakanan.

Sementara itu, Ketua Unit Hemodialisis Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Shahnaz Shah berkata, individu yang menghidap darah tinggi serta kencing manis lebih mudah mengalami kerosakan buah pinggang.

Beliau berkata, bilangan pesakit dialisis di Malaysia meningkat tiga kali ganda daripada 9,107 pesakit pada 2002 kepada 28, 590 pesakit pada 2012.

Penyakit buah pinggang dilihat sebagai penyakit tidak serius oleh segelintir masyarakat di Malaysia dan tidak menyedari mereka menghidapi penyakit berkenaan.

“Justeru, dengan menjalani saringan kesihatan lebih awal dapat menyelamatkan buah pinggang daripada rosak selain membantu mereka menjalani rawatan lebih awal,” katanya Menurutnya, Unit Hemodialisis HTAR menerima lebih daripada 20 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di hospital itu setiap hari.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/13