Kaizen Group Malaysia

Anak-anak adalah anugerah bagi ayah & ibu. Dianugerahkan sebagaimana kain yang putih, ibu bapalah yang mencorakkan sama ada anak akan menjadi sepertimana anak Luqman Al Hakim atau sebaliknya. Anak juga merupakan ujian buat ayah & ibu untuk menguji sejauh mana ayah & ibu berusaha menyerapkan nilai-nilai Islam pada diri anak. Anak inilah akan menjadi talian hayat ketika kita berada disana nanti. Maka, pendidikan ilmu dunia & iman perlu dimulai dari kecil untuk memastikan anak-anak terdidik dan berjaya. Semoga perjalanan kita di alam barzakh nanti diiringi doa dari anak yang soleh hasil dari pendidikan yang kita usahakan.

Mendidik anak menjadi  insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan pencakar langit. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia pula belum pasti berjaya dengan teknologi yang paling hebat apatah lagi jika kekangan kewangan menghimpit pembelajaran.

PENGALAMAN yang dilalui menyebabkan saya sedar KEPENTINGAN WANG DALAM PEMBELAJARAN. Saya mempunyai seorang ibu saudara yang kehilangan suami akibat kemalangan ketika mana dia baru melahirkan seorang  bayi. Saya sebagai anak saudara dan jiran memerhatikan perjalan hidup bayi & ibu itu. IBU TERPAKSA BEKERJA KERAS SIANG & MALAM MENCARI NAFKAH untuk membesarkan anak-anak. Begitu tekun ibu membanting tulang untuk membesarkan anak-anak.

Kudrat si ibu bertimbal dengan masa yang kurang bersama anak-anak. Natijahnya dari itu, anak-anak tidak terdidik dengan sempurna. Apabila besar, anak-anak inilah yang menyebabkan air mata ibu yang sudah tua ini mangalir. Saya hanya mampu mendengar keluhan kerana masa yang berlalu sepastinya tidak lagi dapat diundur.

Pengalaman Inilah antara sebab saya melibatkan diri dalam Assurance. Assurance bermaksud memastikan. Saya tidak ingin lagi lihat mana-mana anak kehilangan kasih ayah/ibu. Saya juga tidak ingin melihat anak-anak membesar tanpa masa bersama ayah/ibu. Saya juga tidak ingin melihat mana-mana ayah/ibu mengalirkan air mata kerana gagalnya membentuk anak kerana didindingi masalah kewangan. Biarlah yang pergi berlalu pergi. Yang mendatang perlulah bersedia dengan instrumen kewangan yang ada:Takaful.

MENGAPA KITA PERLU ASSURE MASA DEPAN ANAK KITA?

1. Kita Pasti Akan Mati

Saya teringat satu hadis dimana Baginda SAW bersabda “Orang yang paling bijak diantara kamu adalah orang yang selalu mengingati mati”. Jika direnung, memang sangat mendalam maksud sabda Baginda itu. Jika bapa saudara saya faham akan hadis ini, saya pasti anak-anaknya tidak akan akan begitu liar sehingga mampu menyebabkan air mata ibunya mengalir. Jika dia mengingati mati, pastinya dia dengan segera bersedia. Dalam konteks pendidikan anak, dia pasti bersedia dengan menyediakan sejumlah dana untuk saraan isteri dan juga untuk pendidikan anak-anaknya. Bagi pedoman kita yang masih bernyawa, kematian itu pasti kan berlaku. Dari nafas kenafas, kita secara sedar atau tidak menuju nafas yang terakhir. Persoalannya, dalam konteks tanggunggjawab: ADAKAH KITA TELAH MENYEDIAKAN SARAAN UNTUK ISTERI & DANA PENDIDIKAN UNTUK ANAK?

2. Kerana kita mungkin ditimpa penyakit kritikal

Sudah menjadi sunnatullah menguji tahap keimanan hamba-hambanya.  Kita tidak diuji dengan gempa bumi, kita juga tidak diuji dengan peperangan. Tetapi kita selalu diuji dengan penyakit. Sepanjang kita hidup tidak pernahkah kita deman@selsema?  Mungkin buat masa kini kita masih dapat beribadah dengan sempurna. Kita juga dapat bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Kita dapat membelanjakan pendapatan untuk pendidikan anak-anak.  Tetapi bagaimana sekiranya datang ujian dari Allah. Kita diuji dengan penyakit yang kritikal. Ini tidak mustahil kerana pemakanan kita hari ini boleh dikatakan keseluruhannya ada bahan yang boleh menyebabkan kanser & diabetis. Kita juga setiap hari baca di dada akbar tentang penyakit kanser, strok, koma, jantung dan pelbagai penyakit lagi. ADAKAH KITA MEMBACA DENGAN MENGAMBIL IKTIBAR ATAU KITA MASIH TERLEKA?

3. Kerana kita sering berada dijalan raya, Kemalangan yang  boleh menyebabkan Hilang Upaya Kekal boleh berlaku bila-bila masa.

Setiap hari didalam berita atau akbar pasti kita akan di saji berita kes-kes kemalangan yang menyebabkan anak-anak menjadi yatim/piatu atau hilang tempat bergantung. Kemudian kita akan berkata, “kesiannya anak-anak dia, macam mana dia nak kerja lagi dah jadi macam ni”. Kita bersyukur kerana kita tidak dijadikan bahan berita. Tetapi kita sering rasa selamat dari ujian Allah. Kita lansung tidak bersedia menghadapi ujian yang tiba-tiba datang.

Jika saya berada di padang memerhatikan anak-anak bermain, saya juga akan perhatikan burung yang membawa makanan kepada anak-anaknya. Sesekali terfikir, sekiranya ayah/ibu burung itu dilastik, lalu tersungkur lumpuh..siapakah yang akan membawa makanan untuk anak-anak burung itu? Burung perlu keluar mencari makanan untuk makan, anak-anak kita pula memerlukan wang untuk makan. Sekiranya KITA adalah burung yang dilastik itu, SIAPAKAH AKAN TERUS MEMBERI WANG UNTUK MAKANAN ANAK KITA?

MENGAPA KITA PERLU MENYIMPAN DALAM TAKAFUL?

Takaful adalah instrumen kewangan yang menggunakan konsep sedekah sesama manusia. Sedekah ini dikumpul didalam satu tabung yang diuruskan oleh Syarikat Takaful. Sesiapa yang ditimpa musibah akan dibantu dari tabung ini. Ini bermakna jika kita menyertai takaful, kita sebenarnya sedang mengerjakan sedekah jariah. Sebab utama kita perlu menyimpan di dalam takaful berbanding simpanan lain kerana

1. Simpanan Berterusan

Inilah faedah utama menyimpan dalam takaful. Simpanan berterusan bermaksud, apa-apa musibah yang terjadi pada ayah atau ibu atau kedua-duanya, simpanan pendidikan anak akan diteruskan. Sebagai contoh:

Ali menyimpan RM100 didalam PruBSN Takaful. Suatu hari ketika pulang dari kerja, Ali kemalangan menyebabkan dia lumpuh. Hanya mampu terbaring. Selang tidak berapa lama, syarikat Ali menghantar surat pemberhentian kerja kerana Ali tidak lagi boleh bekerja. Ali juga didatangi Bank akan datang untuk menarik barang-barang yang Ali beli secara hutang. Namun, kerana Ali seorang yang selalu ingat mati dan bersedia,Tidak semua penat lelah Ali selama ini ditarik.. Wang simpanan Ali kepada anaknya akan berterusan. Berterusan sehingga anaknya 23 Tahun.  Ali tidak lagi dapat dan perlu menyimpan untuk anaknya tetapi Takaful lah yang akan menyimpan setiap bulan RM100 untuk anaknya.

2. Pampasan Gantian Pendapatan Akibat Kematian Ayah/Ibu

Apabila ayah/ibu meninggal, ia turut meninggalkan dua tanggunggjawab utama yang belum selesai.

i. Hutang
Apabila kita meninggal tanpa  bersedia, kita mungkin masih ada hutang dengan saudara-mara/kawan/bank  atau  zakat yang belum disempurnakan. Diakhirat nanti, hutang sesama manusialah yang menyebabkab pahala kita berkurangan. Jika kita mati tanpa meninggalkan wang untuk membayar semua ini, kita telah membebani anak @ menzalimi anak untuk memikul hutang yang kita buat.

ii. Tanggungjawab saraan anak
Jika kita mati tanpa menyediakan wang yang cukup untuk anak-anak makan & belajar, kita sebenarnya bukanlah seorang muslim yang mengikuti ajaran Islam. Nabi Muhammad SAW pernah menyarankan agar kita meninggalkan sekurang-kurangnya bekalan untuk satu tahun jika hendak bermusafir. Inikan pula jika kita bermusafir buat selama-lamanya (mati) tanpa meninggalkan apa-apa bekalan.

3. Kad Perubatan

Simpanan pendidikan perlu disertakan dengan Kad Perubatan. Kad perubatan digunakan untuk membiayaai kos rawatan. Kita tidak perlu korek tabung pendidikan atau minta derma untuk membiayai bil rawatan penyakit anak. Dengan menabung di PruBSN kita akan mendapat minimim kad perubatan yang bernilai RM500,000.  Kad Perubatan PruBSN Takaful adalah kad perubatan yang paling senang digunakan di Malaysia. Anda boleh hubungi mana-mana hospital pakar dan tanyakan kad perubatan takaful yang disyorkan mereka. Bukanlah tujuan hendak bermegah, tetapi saya mahu anda dapatkan yang terbaik untuk insan yang anda sayangi.

4. Pampasan Penyakit Anak

Kad perubatan hanya menanggung bil yang dikeluarkan oleh hospital/kos rawatan di hospital. Kebiasaanya doktor akan memberikan diskripsi makanan yang diperlukan untuk sesuatu penyakit. Makanan/Multivitamin yang diambil luar dari bil hospital tidak dicover oleh Kad Perubatan. Dengan adanya pampasan penyakit kritikal anak, kita mempunyai wang untuk membeli makanan/multivitamin yang dicadangkan dktor. Sebagai contoh, anak seorang sahabat saya disahkan bermasalah jantung. Makanan tambahan, susu khas dan multivitamin yang perlu diambil oleh anaknya berharga RM3000/sebulan. Sahabat saya menggunakan pampasan ini untuk kos selain yang ditanggung Kad Perubatan.

5. Pampasan Hilang Upaya Kekal

Kita biasa dengar anak-anak yang kemalangan. Biasalah, anak-anak dengan dunianya. Mereka kurang elert dengan keselamatan. Kalau kemalangan berlaku, ada beberapa kesan kewangan yang akan terganggu. Kerusi roda, kaki palsu, alat bantuan pendengaran dan pelbagai alat lain perlu dibeli. Dengan adanya Assurance, kita akan mendapat pampasan. Wang pampasan ini boleh kita gunakan untuk membeli peralatan sokongan hidup.

6. Hadiah galakkan belajar

PruBSN takaful akan turut meraikan kejayaan anak kita dalam peperiksaan. Meraka akan dihadiahkan dengan sejumlah wang sebagai galakan jika cemerlang dalam peperiksaan.

 Exam Keputusan Hadiah Minima
 UPSR  5A  RM600
 PMR  7A  RM1200
 SPM  8A  RM1800
 STPM/STAM  4A  RM1800
 DIPLOMA/DEGREE  3.5  RM2400

Kesimpulan

Ini adalah antara kelebihan jika kita menyimpan di takaful berbanding anda menyimpan di bank. Dengan menyimpan di takaful kita telah melaksanakan tugas meng assurekan masa depan anak kita. Banyak lagi kelebihan menyimpan di PRUBSN Takaful yang akan saya terangkan secara terperinci bila kita bersua nanti. Saya yakin ini adalah kaedah simpanan yang paling baik untuk saya dan anda. Saya gembira sekiranya dapat berkongsi pengalaman bersama anda kerana saya tidak mahu pengalaman ibu saudara saya menimpa orang lain lagi. Akhir kata untuk renungan, dalam Islam, kita dilarang berjudi, tetapi jika kita tidak mengassurekan hidup anak kita, sebenarnya kita sedang memperjudikan hidup mereka.Sekian