Kaizen Group Malaysia

Panduan ini khusus untuk graduan muda, yang baru memasuki fasa 7 tahun pertama.

Jadi, selama 7 tahun pertama ini,  jadikan 9 langkah mudah ini sebagai panduan hidup.

1. Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.

2. Sasarkan simpanan sehingga wajib bayar zakat simpanan. Dan terus menyimpan menyimpan dan menyimpan.

3. Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu.Sekufu dari sudut minda kekayaan.

4. Jangan beli kereta baru yang mahal-mahal. Graduan yang bijak tak terus beli kereta yang setiap tahun harganya pasti turun.

5. Dah bergatal bercinta, terus lah fikir bagaimana berkahwin tanpa perlu berhutang. Menabung. Elakkan jadi raja sehari seterusnya jadi hamba bank 10 tahun. Kalau tak mahu menabung, jangan langsung berfikir nak mengurat anak dara orang.

6. Beli aset sikit-sikit. Mula dengan modal yang rendah sahaja dulu. Apa-apa aset. Bajet khas pelaburan pertama.

7. Buat bajet siap-siap untuk:

  • Beri duit kepada mak bapak setiap bulan.
  • Bersedekah setiap bulan.
  • Melaksanakan ibadah korban setiap tahun.

Wajibkan diri untuk amalkan perbuatan memberi seperti ini sebagaimana kita komited membayar cukai pendapatan kepada LHDN atau cukai pintu kepada Majlis Perbandaran atau cukai tanah kepada Pejabat Tanah.

8. Sediakan bajet yuran kepandaian pasal urus dan labur duit melalui buku, ebook atau seminar. Barangsiapa yang tak melakukannya bersedialah membayar cukai kebodohan pada masa hadapan nanti.

9. Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita ?

Masuk sahaja fasa ke-2, iaitu 7 tahun kedua, tuan pasti tersenyum lebar…

Sila klik ink di bawah untuk membaca bab-bab percuma dan 13 artikel berkaitan urus duit gaji dan urus hutang setiap bulan:

—> www.panduancashflow.com