Kaizen Group Malaysia

Pelan takaful komprehensif pertama yang menggabungkan perlindungan nyawa dan perubatan untuk 43 penyakit kritikal dan manfaat perubatan, kemasukan hospital, kemalangan serta banyak lagi.

Perlindungan untuk penyakit kritikal dan kemasukan hospital.

Anda mempunyai pilihan untuk mengubah suai  pelan anda bagi melindungi diri anda dari penyakit seperti  dan kos perubatan yang tinggi.

Cancer Protector

Melindungi simpanan anda daripada kos rawatan kanser yang tinggi.

Medic Protector

Ringankan beban  bil perubatan anda agar anda dapat terus menyimpan wang untuk mencapai matlamat anda.

Maklumat Produk

Terma Perlindungan dan Pembayaran

Tempoh Sumbangan

Sepanjang tempoh perlindungan

Sumbangan Minimum Bulanan

RM50

Umur Kelayakan

1 hingga 70 tahun (umur pada hari jadi akan datang)

Nota: Untuk umur tamat tempoh pada 70 tahun, usia kemasukan maksimum adalah 60 tahun pada hari jadi akan datang.

Tamat Tempoh Perlindungan

Sehingga 100 tahun

Jumlah Perlindungan Minimum

RM10,000

Manfaat

Manfaat Matang

Baki dari Akaun Khas Individu (ISA).

Manfaat Kematian

Mana-mana yang lebih tinggi antara yang berikut:

a) Jumlah Perlindungan Asas; atau

b) Jumlah amaun dalam Akaun Khas Individu (ISA); ditambah dengan nilai unit di dalam (IUA) jika ada.

Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh

Jumlah Risiko.

Nota: Amaun di mana jumlah perlindungan asas melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda. Sekiranya tiada lebihan daripada jumlah perlindungan yang melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda, jumlah risiko adalah sifar. Perlindungan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (Total and Permanent Disability, TPD) adalah sehingga umur 70 tahun dan tertakluk pada jumlah maksimum RM4 juta bagi setiap orang yang dilindungi.

Pelepasan Cukai

Sehingga RM6,000 di bawah insurans hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Ciri-ciri

Mampu Milik
Tetapkan perlindungan mengikut bajet anda dari serendah RM50 sebulan.

Boleh Diubah Suai
Tambahkan rider-rider pilihan anda yang dapat memenuhi keperluan anda untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.

Eksklusif
Menawarkan anda perlindungan, pelaburan dan peluang untuk pada masa yang sama.